Monday 6 February 2012

~RENUNGAN~

Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat
Biarkanlah diri ini derita agar aku tahu kepahitan derita ini,
Agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.aw

Tuhan tidak sesekali menzalimi hambaNya
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
Cahaya kelam pahala dosa
Walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu
Namun peluang dariNya sentiasa ada
Namun kasih dariNya sentiasa memayungi
Diturunkan ad-din memperhalusi akhlak
Dikurniakan akhlak mencatikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat, tunduk sebagai hamba
Berjalan sebgai khalifah
Menyusuri kehidupan kehidupan mencari sebutir permata "Iman"
Menyemai sepohon "Taqwa"
Agar dapat berteduh dari kepanasan "Nafsu"
Agar dapat berlindung dari angin hasutan "Syaitan"
Dalam Mencari "KEREDAAN ALLAH"

.::MENGERAT KUKU::.

Barang siapa mengerat kuku pada :


Hari Sabtu : Keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : Keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat : Keluar daripanya dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah

Maka janganlah mengerat kuku sebarangan. Ada kaedah-kaedahnya. Walaupun ianya hanya KUKU namun ia juga sebahagian dari anggota badan kita yang harus kita hormatinya. Sebagai contoh adab mengerat kuku mengikut hari. Selain itu ada adab mengerat kuku yang lain seperti membuang kuku di tempat yang tidak kotor dan sebaik-baiknya buanglah ia ke tanah kerana kita diciptakan daripada tanah. Janganlah membuangnya dalam tong sampah walaupun tong sampah tersebut bersih.


"Wallahua'lam...Sama-samalah kita amal dan kita sampaikan"

Thursday 2 February 2012

.::DULANG::.

DULANG-DULANG HANTARAN

Rasulullah s.a.w bersabda : "Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai" 
(al-Adab al-Mufrad, Hadis no : 594 dengan sanad yang hasan)

Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam

Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia.

Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan.

Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut akan dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain.

Oleh itu amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan hendaklah dilakukan secara ikhlas dengan mengharapkan balasan dan kredhaan Allah.

Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran.

Paling penting adalah persediaan dulang-dulang hantaran bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua belah pihak pengantin.

Maka jangan jadikan ia sumber untuk menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain.

Pada masa kini, berapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.

Wallahua'lam
Islam itu INDAH, Islam itu MUDAH, Islam itu LEMBUT