Friday 28 February 2014

~6 PERASAAN yang bisa MENIPU DIRI~

  1. Merasa DEKAT dengan Allah, padahal JARANG melakukan KETAATAN.
  2. Merasa sudah banyak PAHALA, padahal JARANG untuk BERAMAL.
  3. Merasa menjadi KEKASIH Allah, padahal sering MELANGGAR ketentuanNya.
  4. Merasa selalu bersama orang-orang yang TA'AT, padahal ketika bergaul sering berbuat MAKSIAT.
  5. Merasa mudah mendapat AMPUNAN Allah, namun terus menerus melakukan DOSA tanpa penyesalan.
  6. Merasa dirindui taman-taman SYURGA, namun amalam sehari-hari bagai menyemai benih NERAKA.

Semoga kita semua dilindungi dari perasaan SOMBONG, TAKBUR & RIAK dan semoga kita selalu merasa kurang dalam beramal. Sama-samalah kita MUHASABAH DIRI.

  • Apakah Allah redha padaku jika sebentar lagi tiba waktunya aku menemuiNya?
  • Apakah Allah terima rohku jika sebentar lagi aku dipanggil menghadapNya?
  • Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada Allah?
  • Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada Makhluk Allah?
  • Apakah telah aku pohon kemaafan dan keampunan kepada orang yang telah aku zalimi atau orang yang telah aku sakiti hatinya?
  • Apakah masih ada dosa-dosa yang aku lakukan dan belum aku menyesalinya akan dosa itu?
  • Apakah telah aku berusaha menghapuskan segala kemaksiatan dan keaibanku sewaktu zaman jahilku, moga dengan itu tiada lagi dosa yang terus mengalir kepadaku?
  • Apakah telah cukup amalanku sebagai bekal untuk bertemu Allah?
Jawapannya ada pada DIRI SENDIRI. Sesungguhnya orang yang BERTAQWA adalah orang yang MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI LARANGANNYA.

Sunday 24 March 2013

Iman Yang Luar Biasa


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"


Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulullah."


Balas Rasulullah,"Sudah tentulah Malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."


Seketika terdiam para sahabat dan menjawab lagi, "Para Nabi, ya Rasulullah."


Rasulullah berkata, "Para Nabi sudah tentu hebat imannya kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."


Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."


Jawab Rasululla, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."


Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."


Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."


Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka."


Sollu'alan nabi.


Tuesday 1 May 2012

~Aurat Wanita~

Aurat wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi Muhammad SAW


  1. Bulu kening
    • Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening". Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
  2. Kaki (Tumit kaki)
    • "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan". Surah An-Nur : 31.
    • Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
  3. Wangian
    • "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu menghidu baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina". Hadis Riwayat Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan Hibban.
  4. Dada
    • "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka". Surah An-Nur : 3.
    • Keterangan : Melabuhkan tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung di bawah bahu.
  5. Gigi
    • "Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya". Hadis Riwayat At-Thabrani.
    • "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
  6. Muka dan Leher
    • "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu."
    • Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliah.
  7. Muka dan Tangan
    • "Asma Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Baginda bersabda: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid (Baligh) tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
  8. Tangan
    • Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihagi.
  9. Mata
    • "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." Surah An-Nur : 31.
    • "Sabda Rasulullah SAW, "Janganlah sampai pandangan pertama mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan." Hadis Riwayat Ahamad, Abu Daud dan Tarmizi.
  10. Mulut (Suara)
    • "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga orang lain berkeinginan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Surah Al-Ahzab : 32
    • "Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang meminum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." Hadis Riwayat Ibn Majah.
  11. Kemaluan
    • "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." Surah An-Nur : 31
    • "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang dikehendakinya." Hadis Riwayat Al Bazzar.
    • "Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Hadis Riwayat Termizi, Abu Daud dan Ibn Majah.
  12. Pakaian
    • "Barang siapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
    • "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain  untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang/ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
    • "Hai Nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Surah Al-Ahzab : 59
  13. Rambut
    • "Wahai anakku Fatimah! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka yang di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh orang lelaki yang bukan mahramnya." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Monday 6 February 2012

~RENUNGAN~

Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat
Biarkanlah diri ini derita agar aku tahu kepahitan derita ini,
Agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.aw

Tuhan tidak sesekali menzalimi hambaNya
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
Cahaya kelam pahala dosa
Walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu
Namun peluang dariNya sentiasa ada
Namun kasih dariNya sentiasa memayungi
Diturunkan ad-din memperhalusi akhlak
Dikurniakan akhlak mencatikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat, tunduk sebagai hamba
Berjalan sebgai khalifah
Menyusuri kehidupan kehidupan mencari sebutir permata "Iman"
Menyemai sepohon "Taqwa"
Agar dapat berteduh dari kepanasan "Nafsu"
Agar dapat berlindung dari angin hasutan "Syaitan"
Dalam Mencari "KEREDAAN ALLAH"

.::MENGERAT KUKU::.

Barang siapa mengerat kuku pada :


Hari Sabtu : Keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : Keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat : Keluar daripanya dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah

Maka janganlah mengerat kuku sebarangan. Ada kaedah-kaedahnya. Walaupun ianya hanya KUKU namun ia juga sebahagian dari anggota badan kita yang harus kita hormatinya. Sebagai contoh adab mengerat kuku mengikut hari. Selain itu ada adab mengerat kuku yang lain seperti membuang kuku di tempat yang tidak kotor dan sebaik-baiknya buanglah ia ke tanah kerana kita diciptakan daripada tanah. Janganlah membuangnya dalam tong sampah walaupun tong sampah tersebut bersih.


"Wallahua'lam...Sama-samalah kita amal dan kita sampaikan"

Thursday 2 February 2012

.::DULANG::.

DULANG-DULANG HANTARAN

Rasulullah s.a.w bersabda : "Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai" 
(al-Adab al-Mufrad, Hadis no : 594 dengan sanad yang hasan)

Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam

Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia.

Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan.

Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut akan dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain.

Oleh itu amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan hendaklah dilakukan secara ikhlas dengan mengharapkan balasan dan kredhaan Allah.

Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran.

Paling penting adalah persediaan dulang-dulang hantaran bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua belah pihak pengantin.

Maka jangan jadikan ia sumber untuk menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain.

Pada masa kini, berapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.

Wallahua'lam
Islam itu INDAH, Islam itu MUDAH, Islam itu LEMBUT