Tuesday 1 May 2012

~Aurat Wanita~

Aurat wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi Muhammad SAW


  1. Bulu kening
    • Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening". Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
  2. Kaki (Tumit kaki)
    • "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan". Surah An-Nur : 31.
    • Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
  3. Wangian
    • "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu menghidu baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina". Hadis Riwayat Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan Hibban.
  4. Dada
    • "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka". Surah An-Nur : 3.
    • Keterangan : Melabuhkan tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung di bawah bahu.
  5. Gigi
    • "Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya". Hadis Riwayat At-Thabrani.
    • "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
  6. Muka dan Leher
    • "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu."
    • Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliah.
  7. Muka dan Tangan
    • "Asma Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Baginda bersabda: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid (Baligh) tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
  8. Tangan
    • Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihagi.
  9. Mata
    • "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." Surah An-Nur : 31.
    • "Sabda Rasulullah SAW, "Janganlah sampai pandangan pertama mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan." Hadis Riwayat Ahamad, Abu Daud dan Tarmizi.
  10. Mulut (Suara)
    • "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga orang lain berkeinginan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Surah Al-Ahzab : 32
    • "Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang meminum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." Hadis Riwayat Ibn Majah.
  11. Kemaluan
    • "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." Surah An-Nur : 31
    • "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang dikehendakinya." Hadis Riwayat Al Bazzar.
    • "Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Hadis Riwayat Termizi, Abu Daud dan Ibn Majah.
  12. Pakaian
    • "Barang siapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
    • "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain  untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang/ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
    • "Hai Nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Surah Al-Ahzab : 59
  13. Rambut
    • "Wahai anakku Fatimah! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka yang di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh orang lelaki yang bukan mahramnya." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment